DUNIA > BERITA

SETIAP ORANG DI GAZA PUNYAI KISAH NGERI - WAKIL KHAS WANITA PBB

24/06/2024 12:04 PM

RAMALLAH, 24 Jun (Bernama-WAFA) -- Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Wanita di Palestin, Maryse Guimond berkata bahawa seluruh keluarga maut dalam serangan Israel di Gaza.

"Setiap orang yang anda lihat di Gaza mempunyai kisah ngeri. Lebih 10,000 wanita terbunuh dan lebih 6,000 keluarga kehilangan ibu mereka,” Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan Guimond di platform X.

Sementara itu, seramai satu juta wanita dan kanak-kanak perempuan hilang tempat tinggal, maruah, ahli keluarga dan kenangan mereka.

"Anda boleh melihat kemusnahan di segenap tempat di Gaza," katanya selepas lawatan terkini ke wilayah yang dilanda perang itu.

Semasa lawatannya ke Gaza, Guimond berkata beliau menyaksikan banyak kawasan dipenuhi khemah-khemah pelarian, sementara ada yang memilih untuk tinggal di bangunan musnah sambil berjuang mendapatkan makanan dan air.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan