DUNIA > BERITA

JEMAAH HAJI LAKUKAN IBADAH MELONTAR PADA HARI PERTAMA TASYRIK

17/06/2024 09:07 PM

MINA, 17 Jun (Bernama-SPA) -- Pada hari kedua Aldiladha atau  hari pertama Tasyriq, jemaah haji di Mina memulakan ibadah melontar batu di Jamarat, yang melibatkan lontaran batu kecil pada tiga tiang.

Ibadah melontar dimulakan dengan Jamarat Al-Oula (tiang kecil), diikuti dengan Jamarat Al-Wusta (tiang tengah) dan akhirnya Jamarat Al-Aqaba (tiang besar), mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad (SAW), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pelbagai laluan disediakan di pelbagai tingkat kemudahan Jamarat untuk mengatur dan memastikan aliran jemaah yang ramai berjalan lancar. 

Struktur berbilang tingkat yang inovatif ini direka untuk mengagihkan jemaah dengan cekap semasa ibadah melontar.

Jambatan pejalan kaki menghubungkan Jamarat dengan Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Metro Line dan kem jemaah di Mina, memudahkan pergerakan yang selamat dan mudah.

-- BERNAMA-SPA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan