DUNIA > BERITA

BULAN SABIT MERAH ARAB SAUDI BANTU JEMAAH HAJI IRAQ PULANG KE TANAH AIR

23/06/2024 12:51 PM

ARAR (Arab Saudi), 23 Jun (Bernama-SPA) -- Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi di wilayah sempadan utara telah menyediakan perkhidmatan perubatan, kecemasan dan sukarelawan kepada lebih 20,000 jemaah haji Iraq yang pulang melalui lintasan sempadan Jadidat Arar.

Lima puluh sukarelawan bekerja sepanjang masa untuk menyediakan perkhidmatan itu, termasuk memeriksa tanda vital, mengangkut warga emas dan mereka yang uzur serta menawarkan rawatan perubatan dan kecemasan yang komprehensif, lapor Agensi Berita Arab Saudi.

Pasukan lapangan bersama ambulans udara dan darat mempunyai teknologi terkini untuk memberikan penjagaan terbaik kepada para jemaah.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan