DUNIA > BERITA

PUTIN AKAN LAWAT KOREA UTARA, VIETNAM: KREMLIN

17/06/2024 11:17 PM

MOSCOW, 17 Jun (Bernama-Xinhua) -- Presiden Rusia Vladimir Putin akan melakukan lawatan negara  ke Korea Utara dari Selasa hingga Rabu, kata perkhidmatan akhbar Kremlin pada Isnin, lapor Xinhua.

Selepas Korea Utara, Putin akan melawat Vietnam dari Rabu hingga Khamis, katanya.

Pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un telah mengadakan lawatan rasmi ke Rusia atas jemputan Putin pada September 2023 dan kemudian menjemput Putin untuk membuat lawatan balas.

Rusia adalah negara pertama yang dilawati oleh Kim sejak pandemik COVID-19, di mana sempadan Korea Utara ditutup.

Lawatan pertama Putin ke Pyongyang adalah pada Julai 2000, dua bulan selepas pelantikannya sebagai presiden.

-- BERNAMA-XINHUA            

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan