DUNIA > BERITA

GYEONGJU, KOREA SELATAN DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SIDANG KEMUNCAK APEC 2025

28/06/2024 12:55 AM

SEOUL, 27 Jun (Bernama-Yonhap) -- Bandaraya bersejarah  Gyeongju yang terletak di tenggara Korea Selatan dipilih untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025, kata Kementerian Luar pada Khamis.

Jawatankuasa Persediaan untuk Sidang Kemuncak APEC mengadakan mesyuarat awal hari ini dan memilih Gyeongju, kira-kira 280 kilometer tenggara Seoul, sebagai lokasi untuk sidang kemuncak yang dijadualkan pada November depan, lapor agensi berita Yonhap menurut kenyataan akhbar kementerian.

Sidang Kemuncak APEC 2025 akan dihoskan di Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun sejak sidang sebelumnya diadakan di bandar pelabuhan tenggara, Busan pada 2005.

Semasa mesyuarat itu, jawatankuasa berkenaan juga memutuskan untuk memanfaatkan dua bandar calon lain -- Incheon, di barat Seoul, dan pulau peranginan di selatan, Jeju -- dengan menganjurkan pelbagai mesyuarat menteri dan pegawai kanan yang berkaitan dengan Sidang Kemuncak APEC.

Gyeongju, salah satu destinasi pelancongan paling popular di negara ini, adalah ibu kota Dinasti Silla (57 SM-935 M).

-- BERNAMA-YONHAP

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan