DUNIA > BERITA

CHANG'E-6 KUMPUL SAMPEL SEBERAT 1,935.3 GRAM DARI SISI JAUH BULAN

28/06/2024 01:50 PM

BEIJING, 28 Jun (Bernama-CMG) --  Prob penyelidikan Chang'e-6 berjaya membawa pulang sampel seberat 1,935.3 gram dari sisi jauh bulan, menurut Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA).

Sampel berkenaan diserahkan kepada Akademi Sains Sosial China (CASS) dalam satu majlis yang berlangsung di sini, pada Jumaat dan akan dihantar ke makmal khusus untuk penyelidikan saintifik.

Naib Pengarah CNSA, Bian Zhigang dalam sidang media pada Khamis berkata misi Chang'e-6 merupakan misi eksplorasi bulan yang berteknologi paling tinggi dalam sejarah aeroangkasa China.  

Selain membawa balik sampel dari sisi jauh bulan buat julung kalinya dalam sejarah manusia, Chang'e-6 turut menjayakan tiga teknologi penting iaitu reka bentuk dan kawalan orbit songsang bulan serta pensampelan pintar dan naik terbang dari bahagian jauh bulan.

Sepanjang misi Chang'e-6 itu, China juga melakukan program kerjasama melibatkan muatan, pengukuran dan pengawalan dengan Agensi Angkasa Eropah (ESA) serta Perancis, Itali dan Pakistan dan berjaya memperoleh data sains yang amat bernilai.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan