DUNIA > BERITA

MALAYSIA, SURINAME BERTUKAR PANDANGAN UNTUK TINGKATKAN KERJASAMA

28/06/2024 10:56 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari Suriname,  Albert Ramdin membincangkan kerjasama di masa hadapan antara Malaysia dan negara yang terletak di utara Amerika Selatan itu, dalam satu perbualan telefon baru-baru ini.

Kementerian Luar Malaysia dalam hantaran di laman Facebook pada Jumaat berkata semasa perbualan itu, kedua-dua menteri bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama antara Malaysia dan Suriname terutamanya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, selain daripada industri minyak dan gas.

Ramdin juga menyampaikan hasratnya untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada minggu kedua Julai, menurut hantaran itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan