DUNIA > BERITA

ADB LULUS PINJAMAN US$250 JUTA UNTUK PELABURAN MAMPAN DI PAKISTAN

22/06/2024 05:59 PM

ISLAMABAD, 22 Jun (Bernama-Xinhua) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) meluluskan pinjaman sebanyak US$250 juta bagi membantu Pakistan melabur dalam infrastruktur dan perkhidmatan mampan melalui perkongsian awam-swasta, lapor Xinhua.

Pengarah Negara ADB untuk Pakistan, Ye Yong dan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Ekonomi (EAD) Pakistan, Kazim Niaz menandatangani perjanjian itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan rasmi EAD, objektif utama program ini adalah untuk memperkukuh rangka kerja tadbir urus dan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi perkongsian sektor awam-swasta di peringkat kerajaan persekutuan.

Misi ini akan dicapai dengan mengukuhkan dasar, undang-undang dan rangka kerja institusi yang mengurus pelaburan awam dan kewangan awam, menurut kenyataan itu.

Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian, Niaz menyatakan bahawa program ini akan membantu mencapai sasaran penglibatan sektor swasta dalam proses pembangunan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan