DUNIA > BERITA

KDNK SUKU KEDUA 2024 SINGAPURA BERKEMBANG 2.9 PERATUS MENGIKUT UNJURAN AWAL - MTI

12/07/2024 12:18 PM

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 12 Julai (Bernama) -- Ekonomi Singapura berkembang pada 2.9 peratus tahun ke tahun bagi suku kedua 2024, meneruskan pertumbuhan 3.0 peratus pada suku sebelumnya.

Berdasarkan unjuran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura yang dikeluarkan pada Jumaat, ekonomi berkembang sebanyak 0.4 peratus suku ke suku susulan asas pelarasan bermusim, kadar yang lebih pantas daripada pengembangan 0.3 peratus pada suku pertama 2024.

Unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua 2024 sebahagian besarnya dikira daripada data dalam tempoh dua bulan pertama suku itu serta tertakluk kepada semakan apabila data yang lebih komprehensif tersedia.

Mengenai prestasi sektor, MTI menjelaskan sektor pembuatan berkembang 0.5 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2024, berbeza daripada penguncupan 1.7 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

“Pertumbuhan dalam sektor itu disokong oleh peningkatan keluaran merentas semua kluster pembuatan, kecuali bagi kluster kejuruteraan pembuatan dan kejituan bioperubatan,” menurutnya.

MTI akan mengeluarkan unjuran awal KDNK bagi suku kedua 2024, termasuk prestasi mengikut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, guna tenaga dan produktiviti, dalam Tinjauan Ekonomi Singapura pada Ogos 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan