DUNIA > BERITA

TRUMP DILAPORKAN CEDERA DALAM KEJADIAN TEMBAKAN SEMASA BERKEMPEN DI PENNSYLVANIA

14/07/2024 08:47 AM

WASHINGTON, 14 Julai (Bernama-Anadolu) -- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS pada Sabtu.

Agensi Anadolu melaporkan Trump dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.

Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.

"Ini kini merupakan penyiasatan Perkhidmatan Rahsia yang aktif dan maklumat lanjut akan dikeluarkan apabila tersedia," katanya.

Satu kenyataan berkata Trump dalam keadaan baik, sedang diperiksa kecederaan di kemudahan perubatan dan Rumah Putih berkata Presiden Joe Biden menerima taklimat mengenai insiden tembakan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan