DUNIA > BERITA

AFRIKA SENTIASA BERGANDING BAHU BERSAMA CHINA - PRESIDEN GUINEA-BISSAU

15/07/2024 02:32 PM

BEIJING, 15 Julai (Bernama-CMG) -- Lonjakan hubungan Guinea-Bissau dan China ke tahap perkongsian strategik adalah sangat signifikan kerana China bukan sahaja penting bagi Guinea-Bissau, tetapi juga memainkan peranan penting di persada dunia.

Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini berkata Guinea-Bissau dan China sentiasa saling menyokong di arena antarabangsa.

Menurut Embalo, Guinea-Bissau mahu mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan kerana negara itu sedang menempuh jalan globalisasi.

"Kami sangat yakin bahawa di mana adanya China, pasti mempunyai satu tempat untuk Guinea-Bissau di pertubuhan itu.

"Inilah sebabnya kami mengambil bahagian dan kekal menjadi anggota dalam pertubuhan yang diterajui China," kata beliau.

Guinea-Bissau telah memeterai memorandum persefahaman dengan China berhubung kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 2021 dan menyertai Kumpulan Rakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) pada 2022.

Embalo berkata penganjuran Forum Kerjasama China-Afrika di Beijing pada tahun ini bakal menyaksikan penyertaan banyak negara Afrika.

"Ini kerana apabila sebut tentang China, semua negara Afrika menunjukkan hasrat dan minat yang kuat untuk ikut serta.

"Kami sentiasa berganding bahu bersama China walaupun China tidak pernah memberitahu bahawa kami perlu mengikutnya," katanya.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan