EKONOMI > BERITA

LHDN BERJAYA KUTIP RM512.6 JUTA MELALUI PKPS 2.0

16/07/2024 12:18 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. 

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata jumlah taksiran dibangkitkan didapati melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1 bilion. 

“Sepanjang tempoh tersebut juga, LHDN telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan pengakuan sukarela yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain-lain kategori seperti pertubuhan. 

“Jumlah ini melibatkan taksiran cukai yang dilaporkan sebanyak RM1.29 bilion,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang ingin tahu keberkesanan PKPS 2.0, bilangan syarikat dan individu yang telah menyertainya serta nilai kutipan hasil yang berjaya diperoleh agar dapat dibelanjakan bagi tujuan kebaikan dan kebajikan rakyat.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan