DUNIA > BERITA

PKC BUAT ATURAN STRATEGIK PEMERKASAAN PEMBAHARUAN

19/07/2024 03:48 PM

BEIJING, 19 Julai (Bernama-CMG) -- Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) menerusi pengumuman disiarkan dalam sidang pleno ketiganya membuat aturan strategik mengenai usaha memperkasa pembaharuan secara komprehensif dan memacu modenisasi ala China.

Keputusan yang diluluskan sidang pleno itu merangkumi pemerkasaan pembaharuan melibatkan usaha mewujudkan ekonomi pasaran sosialis bertaraf tinggi, menjana pembangunan ekonomi secara berkualiti tinggi, menggalakkan inovasi menyeluruh, menyempurnakan tadbir urus ekonomi makro, memacu pembangunan bersepadu antara bandar dan luar bandar, memantapkan keterbukaan bertaraf tinggi dan sebagainya.

Di samping itu, pendekatan dan aturan konkrit turut digariskan dalam keputusan berkenaan menyasar matlamat mewujudkan modenisasi ala China. 

Ia termasuk membina pasaran domestik yang bersatu, menyempurnakan sistem asas ekonomi pasaran, menambah baik sistem dan mekanisme bagi memajukan kuasa produktif kualiti baharu mengikut keadaan setempat, mendorong pengintegrasian ekonomi sebenar dengan ekonomi digital, memantapkan pembangunan sektor perkhidmatan dan lain-lain.

Memandangkan modenisasi ala China menonjolkan kemajuan seimbang dari segi kebendaan dan kerohanian, keputusan itu turut menekankan perlunya merangsang kreativiti seluruh bangsa dan membina sistem komunikasi antarabangsan yang lebih efektif.

Menyentuh aspek keterbukaan pula, keputusan itu menuntut supaya keterbukaan terus diperkasa menerusi kerjasama antarabangsa lebih kukuh dengan mengoptimumkan pasaran domestik yang raksasa.

Inisiatif juga hendaklah dilakukan untuk memperluas keterbukaan secara keinstitusian, memperdalam pembaharuan sistem melibatkan perdagangan luar dan pengurusan pelaburan asing serta pelaburan di luar negara sambil melengkapkan mekanisme bagi mendorong kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi.

-- BERNAMA-CMG


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan