BUCHAREST, 20 Julai (Bernama-Xinhua) -- Perlanggaran antara lokomotif dan kereta api penumpang di Stesen Basarab di Bucharest pada petang Jumaat menyebabkan seramai 15 orang cedera, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Menurut pihak berkuasa kecemasan, seramai lapan orang telah dimasukkan ke hospital.
Media tempatan melaporkan 10 jentera bomba, termasuk dua kenderaan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Agensi Penyiasatan Kereta Api Romania berkata ia akan menyiasat kejadian itu.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial