DUNIA > BERITA

Bintang Tenis Jerman Kerber Tamatkan Kerjaya Selepas Olimpik 2024

25/07/2024 06:07 PM

PARIS, 25 Julai (Bernama-dpa) -- Bintang tenis Jerman Angelique Kerber, akan menamatkan kerjaya profesionalnya selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris, menurut hantarannya di Instagram, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Sebelum Olimpik bermula, saya boleh katakan bahawa saya tidak akan pernah melupakan Paris 2024, kerana ia akan menjadi kejohanan profesional terakhir saya sebagai pemain tenis.

"Walaupun ini mungkin keputusan yang tepat, ia tidak akan pernah terasa begitu. Ini kerana saya mencintai sukan ini dengan sepenuh hati dan saya bersyukur atas kenangan dan peluang yang telah diberikan kepada saya," kata Kerber.

Pemenang tiga kali Grand Slam dan pemenang pingat perak Olimpik 2016 membuat kemunculan semula tahun ini selepas cuti bersalin selama 18 bulan.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan