DUNIA > BERITA

Renang: McIntosh, Popovici Cemerlang Di Olimpik Paris

30/07/2024 09:52 AM

PARIS, 30 Julai (Bernama-Xinhua) -- Perenang remaja Summer McIntosh dan David Popovici membuktikan kehebatan mereka di Sukan Olimpik Paris dengan memenangi pingat emas dalam acara masing-masing pada Isnin.

McIntosh, perenang Kanada berusia 17 tahun, memenangi acara 400m rampaian individu wanita dengan catatan masa empat minit 27.71 saat di La Defense Arena.

Kelly Grimes dari Amerika Syarikat meraih perak dengan catatan masa 4:33.40, manakala Emma Weyant, juga dari AS, memenangi gangsa dengan masa 4:34.93.

McIntosh berkata beliau berasa bangga dapat membuat pasukan Kanada bangga dan menetapkan kejayaan lebih besar.

"Saya tidak dapat melihat apa-apa... Namun, saya tahu saya dalam kedudukan selesa menuju 100m terakhir. Ia adalah perasaan yang menakjubkan," katanya.

Popovici, perenang Romania berusia 19 tahun, turut meraih emas dalam acara 200m gaya bebas lelaki.

Beliau mencatat masa satu minit 44.72 saat, hanya dua ratus saat di hadapan Matthew Richards dari Britain. Luke Hobson dari Amerika Syarikat meraih gangsa dengan catata masa1:44.79.

Lukas Martens dari Jerman, yang menang emas dalam acara 400m gaya bebas lelaki pada Sabtu, mendahului tetapi kemudiannya merosot dalam 50m terakhir untuk menduduki tempat keenam.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan