DUNIA > BERITA

Paris 2024: Penganjur Olimpik Sekali Lagi Batal Latihan Triatlon Di Sungai Seine

29/07/2024 05:49 PM

PARIS, 29 Julai (Bernama-dpa) -- Penganjur Olimpik pada Isnin membatalkan sesi latihan renang kedua bagi atlet triatlon di Sungai Seine kerana kualiti air kurang memuaskan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sesi latihan renang pertama dibatalkan pada Ahad.

Kebimbangan telah meningkat selama berbulan-bulan bahawa rancangan untuk mengadakan acara renang triatlon dan renang air terbuka Paris 2024 di sungai bandar itu mendatangkan risiko kepada atlet akibat pencemaran Sungai Seine.

Hanya sesi latihan larian dan berbasikal yang akan berlangsung di laluan triatlon. Pertandingan sebenar akan diadakan pada Selasa bagi individu lelaki manakala individu wanita Rabu. 

Renang air terbuka/maraton akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos.

Ujian air yang dijalankan pada Ahad tidak memberikan jaminan yang diperlukan oleh badan induk triatlon.

Penganjur Olimpik dan Triatlon Dunia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka "yakin" kualiti air akan kembali berada dalam had yang dibenarkan sebelum bermulanya pertandingan triatlon.

Kualiti air Sungai Seine telah bertambah baik dengan ketara sepanjang Julai dan cuaca cerah diramalkan dalam beberapa hari akan datang.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan