DUNIA > BERITA

Liga Arab Beri Sijil Duta Persahabatan Arab-China Kepada CMG

31/07/2024 03:43 PM

KAHERAH, 31 Julai (Bernama-CMG) -- Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menerima kunjungan hormat rombongan Kumpulan Media China (CMG) yang diketuai presidennya Shen Haixiong di sini, pada Selasa.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan tentang kerjasama dalam sektor kebudayaan, sukan dan media serta pertukaran lawatan pegawai selain menandatangani memorandum kerjasama (MoC).

Aboul Gheit berkata Liga Arab telah mengekalkan kerjasama rapat dengan CMG selama ini.

Beliau menganggap saluran bahasa Inggeris dan bahasa Arab CGTN kendalian CMG sebagai saluran televisyen terbaik di dunia kerana membuat liputan secara objektif dan adil.

Beliau juga menzahirkan harapan agar Liga Arab meningkatkan kerjasama dengan CMG bagi mempererat hubungan rakyat Arab dengan China.

Sementara itu, Shen Haixiong berkata usaha China untuk memperkasakan pembaharuan secara komprehensif pada era baharu akan membantu rakyat pelbagai negara untuk meneroka jalan modenisasi dan sistem sosial yang lebih baik, di samping menyediakan peluang baharu dan menyuntik momentum baharu kepada pembangunan pelbagai negara.

Ia sekali gus memaparkan keinginan China untuk berkongsi peluang pembaharuan dengan pelbagai negara termasuk negara-negara Arab.

Sementara itu, Aboul Gheit juga mengambil peluang memberikan sijil "Duta Persahabatan Arab-China" kepada CMG sebagai pengiktirafan atas sumbangan badan media kebangsaan China ini dalam menggalakkan persahabatan China-Arab.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan