DUNIA > BERITA

Stesen Janakuasa Hidro Simpanan Yang Dipam Di Xinjiang Mulakan Operasi Penuh

01/08/2024 02:18 PM

BEIJING, 1 Ogos (Bernama-CMG) -- Unit generator nombor empat di stesen janakuasa hidro simpanan yang dipam Fukang memulakan operasinya tepat 12 tengah malam Rabu, menandakan stesen janakuasa Fukang beroperasi dengan penuh kapasiti.

Stesen janakuasa Fukang kendalian State Grid Corporation of China (SGCC) ialah stesen janakuasa hidro simpanan yang dipam pertama di wilayah Xinjiang dan di kawasan barat laut China.

Stesen itu mempunyai empat unit generator dengan kapasiti penuh mencapai 1.2 juta kilowatt (KW), dan mampu menjana elektrik sebanyak 2.41 bilion kilowat-jam (kWj) setahun.

Ia melibatkan pelaburan sebanyak RMB8.36 bilion (RM5.31 bilion).

Setakat 30 Julai 2024, stesen Fukang telah beroperasi selama 8,273.55 jam, menjana tenaga bersih sebanyak kira-kira 744 juta kWj.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan