DUNIA > BERITA

Pencipta Famous Amos, Wally Amos Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

15/08/2024 11:50 AM

WASHINGTON, 15 Ogos (Bernama-UPI) -- Wally Amos, pencipta jenama biskut terkemuka, Famous Amos meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor United Press International (UPI).

Amos meninggal dunia pada Selasa di rumahnya di Honolulu akibat komplikasi demensia, menurut dua anaknya, Shawn dan Sarah Amos memberitahu The New York Times.

Wallace Amos dilahirkan di Tallahassee pada 1936 dan dibesarkan oleh ibu saudaranya di Harlem, New York City.

Selepas berhenti sekolah menengah, beliau menyertai Tentera Udara dari 1954 hingga 1957.

Amos kemudian melengkapkan Sijil Pendidikan Am (GED) dan memulakan kerjayanya di William Morris Agency di Los Angeles.

Beliau akhirnya mengetuai jabatan rock 'n' roll agensi tersebut dan menandatangani kontrak dengan duo terkenal, Simon dan Garfunkel.

-- BERNAMA-UPI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan