DUNIA > BERITA

PEMILIK SUARA NOBITA MENINGGAL DUNIA PADA USIA 88 TAHUN

24/07/2024 01:51 PM

TOKYO, 24 Julai (Bernama-Jiji Press) -- Noriko Ohara, pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular “Doraemon,” meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.

Ohara, atau nama sebenarnya adalah Noriko Tobe telah menerima rawatan untuk satu penyakit, menurut laporan Jiji Press memetik agensinya.

Ohara yang berasal dari Tokyo meminjamkan suaranya bagi watak Nobita, seorang budak lelaki malas tetapi optimis yang dijaga oleh seekor kucing robotik dari masa depan, Doraemon, selama 26 tahun bermula pada 1979.

Peranan ini memberi pengiktirafan kepadanya merentasi pelbagai generasi.

Ohara turut meminjamkan suara emasnya untuk pelbagai watak dalam anime lain termasuk budak lelaki lincah seperti Peter, pengembala kambing dalam “Heidi: Girl of the Alps,” dan Conan dalam “Future Boy Conan,” termasuk watak wanita menggoda seperti Doronjo, penjahat dalam “Yatterman,” dan Oyuki dalam “Urusei Yatsura.”

Selain itu, Ohara juga mengalih suara versi Jepun untuk pelakon Amerika, Shirley MacLaine dan pelakon Perancis, Catherine Deneuve dalam pelbagai filem.

-- BERNAMA-JIJI PRESS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan