DUNIA > BERITA

Projek Rawatan Air China, Pemenang "Anugerah Inovasi Global" IWA 2024

15/08/2024 04:18 PM

BEIJING, 15 Ogos (Bernama-CMG) -- Kongres dan Pameran Air Dunia (WWCE) anjuran Persatuan Air Antarabangsa (IWA) diadakan di Toronto, Kanada dari 11 hingga 15 Ogos waktu tempatan.

Projek tentang penaiktarafan loji rawatan air kumbahan China terpilih menerima “Anugerah Inovasi Global” 2024 tajaan IWA pada 13 Ogos.

Untuk perincian, projek yang bertemakan "Teknologi Inspiratif dan Perubahan Pasaran: Loji Berkonsepkan Sumber Air Kumbahan China" itu juga memenangi Anugerah Emas dalam kategori Teknologi Air yang Mengubah Pasaran dan Infrastruktur di bawah "Anugerah Inovasi Projek".

Terdapat enam kategori di bawah "Anugerah Inovasi Projek", dengan setiapnya dilengkapi tiga anugerah iaitu emas, perak dan gangsa. Pemenang "Anugerah Inovasi Global", iaitu kehormatan yang paling cemerlang dalam senario global terpilih daripada enam pemenang pingat emas yang dinobatkan dalam "Anugerah Inovasi Projek" berdasarkan undian ahli panel juri.

Menurut penjelasan yang dibuat delegasi projek China itu, kilang konsep di bandar Yixing, provinsi Jiangsu yang memenangi anugerah tersebut, adalah sebuah projek tentang penaiktarafan loji rawatan air kumbahan tradisonal ke infrastruktur yang mesra alam, terbuka kepada penduduk awam, serasi dengan landskap alam sekitar dan berfungsi sebagai tapak untuk penganjuran kempen-kempen kesedaran. Keistimewaannya sebagai kilang konsep moden yang mesra alam yang menekankan sumber boleh baharu sangat menonjol.

WWCE  yang diadakan secara dwitahunan itu merupakan antara temasya yang terbesar di dunia dalam bidang air. Mengangkat tema "Membentuk Masa Depan Air Kita", WWCE 2024 merangkumi pelbagai topik termasuk pengurusan air, kitar semula air sisa, air minuman dan yang boleh dikitar semula, perancangan dan pengendalian perbandaran, tatakelola sumber air berskala besar dan sebagainya.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan