DUNIA > BERITA

Doctors Without Borders Bimbang Penularan Mpox Di Afrika

17/08/2024 01:37 PM

NAIROBI, 17 Ogos (Bernama-dpa) -- Badan amal perubatan antarabangsa, Doctors Without Borders (MSF) menyuarakan kebimbangan mengenai penularan varian baharu mpox  yang sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet di Congo, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Selain daripada mutasi terkini, kami juga bimbang dengan hakikat bahawa penyakit ini telah menular dengan cepat di kem-kem pelarian sekitar Goma," kata pakar kesihatan global MSF, Jasmin Behrends.

MSF baru-baru ini mempergiat operasi di timur Congo, dengan sejumlah besar orang terpaksa melarikan diri akibat konflik bersenjata.

"Tanpa akses yang lebih baik kepada vaksin, ribuan orang tidak dapat melindungi diri mereka daripada jangkitan, termasuk kanak-kanak di bawah usia 15 tahun," kata penyelaras MSF di kawasan itu, Justin Eyong.

Kanak-kanak sangat terdedah kepada mpox, yang menyumbang 56 peratus daripada kes dan 79 peratus angka kematian tahun ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam sebagai tindak balas terhadap wabak itu di Afrika.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan