DUNIA > BERITA

Rusia Sedia Bantu Indonesia Pastikan Keselamatan Maklumat Nusantara - Duta

17/08/2024 08:59 PM

JAKARTA, 17 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Rusia bersedia membantu Indonesia dalam memastikan keselamatan maklumat bagi ibu negara baharu, Nusantara, kata Duta Rusia ke Indonesia, Sergei Tolchenov dalam satu wawancara dengan Sputnik.

"Kami tentunya bersedia untuk memberikan bantuan dalam aspek ini," kata Tolchenov.

Bantuan Rusia berpotensi memberi manfaat besar, terutamanya dalam menjamin keselamatan maklumat di Nusantara, selepas insiden kebocoran data peribadi warga Indonesia akibat serangan siber baru-baru ini.

Tolchenov juga berkata terdapat peluang untuk kerjasama antara agensi kerajaan Rusia dan syarikat swasta dalam usaha melindungi data peribadi penduduk Indonesia serta membangunkan sistem e-kerajaan di Nusantara.

Perasmian Nusantara sebagai ibu negara baharu Indonesia dijadual berlangsung pada Sabtu, pada hari sama sambutan Hari Kemerdekaan negara itu.

Pada 2019, Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan bahawa ibu negara akan dipindahkan ke wilayah Kalimantan Timur untuk mengurangkan beban di Jakarta yang terlalu padat.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan