DUNIA > BERITA

Paetongtarn Ucap Terima Kasih Kepada Anwar Atas Kerjasama, Harap Dapat Perkukuh Hubungan Thailand-Malaysia

19/08/2024 08:34 PM

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 19 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand yang baharu dilantik, Paetongtarn Shinawatra, hari ini menyatakan tekadnya untuk bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

Dalam satu hantaran di X, Paetongtarn mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia atas ucapan tahniah beliau mengenai pelantikannya dan menekankan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara sebagai jiran dan rakan kongsi yang rapat.

"Hubungan kita telah menikmati momentum yang sangat positif, terima kasih kepada kerjasama erat antara Tuan Yang Terutama dan pendahulu saya, Perdana Menteri @Thavisin (Srettha Thavisin).

Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk terus memajukan persahabatan Thailand - Malaysia dan kerjasama yang saling menguntungkan bagi rakyat kedua-dua negara kita," tulisnya di akaun X pada Isnin.

Paetongtarn, 37, mula memegang jawatan sebagai perdana menteri negara itu pada 18 Ogos selepas mendapat perkenan Raja Maha Vajiralongkorn. Beliau dipilih sebagai perdana menteri baharu menggantikan Srettha Thavisin oleh Parlimen pada Jumaat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan