DUNIA > BERITA

Varian COVID-19 KP.3.1.1 Dominan Di AS Ketika Jangkitan Terus Meningkat

21/08/2024 10:00 AM

LOS ANGELES, 21 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Varian COVID-19 KP.3.1.1, yang kini menjadi varian SARS-CoV-2 utama yang tersebar di Amerika Syarikat, menyebabkan peningkatan kes jangkitan di negara itu, menurut data terkini dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Bagi tempoh dua minggu yang berakhir pada 17 Ogos, KP.3.1.1 dianggarkan menyumbang antara 31 peratus hingga 43 peratus daripada spesimen klinikal COVID-19, berbanding antara 20 peratus hingga 26 peratus untuk tempoh dua minggu yang berakhir pada 3 Ogos, menurut data CDC yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Peningkatan dalam kes KP.3.1.1 berlaku ketika penanda aktiviti COVID-19, termasuk kadar positif ujian, lawatan ke jabatan kecemasan dan kemasukan ke hospital kekal tinggi, terutamanya dalam kalangan orang dewasa berusia 65 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

CDC menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi melindungi diri daripada simptom serius akibat COVID-19.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan