DUNIA > BERITA

Lebih Banyak Tempat Pelancongan Jepun Pertimbang Sistem Dua Harga

22/08/2024 05:15 PM

TOKYO, 22 Ogos (Bernama-Jiji Press) -- Semakin banyak pusat pelancongan di Jepun mempertimbangkan untuk melaksanakan sistem dua kadar bayaran yang mengenakan caj lebih tinggi kepada pelancong asing berbanding pelancong tempatan, lapor Jiji Press.

Langkah itu telah dilaksanakan di pelbagai restoran dan kedai lain, kini sedang dipertimbangkan bagi tempat-tempat pelancongan seperti Istana Himeji, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ia bertujuan mengumpul dana untuk penyelenggaraan kemudahan itu memandangkan jumlah pelancong ke Jepun meningkat.

Pakar memberi amaran bahawa sistem ini mungkin membawa kepada diskriminasi jika tidak dirancang dengan teliti.

"Saya fikir adalah baik untuk mempunyai dua jenis kadar bayaran berasingan untuk rakyat tempatan dan pelancong luar negara," kata Hideyasu Kiyomoto, Datuk Bandar bandar Himeji di wilayah Hyogo, barat Jepun.

Kira-kira 1.48 juta pelancong melawat istana itu dalam tempoh setahun sehingga Mac lalu, dan lebih 30 peratus daripada mereka adalah warga asing.

Walaupun jumlah keseluruhan pengunjung meningkat kira-kira 50 peratus berbanding tahun sebelumnya, jumlah pelancong asing meningkat kira-kira 4.5 kali ganda.

-- BERNAMA-JIJI PRESS

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan