DUNIA > BERITA

Indeks Kemakmuran Industri Logistik China Catat 51.5%

02/09/2024 02:51 PM

BEIJING, 2 Sept (Bernama-CMG) -- Indeks Kemakmuran Industri Logistik China mencatat 51.5% pada Ogos, meningkat 0.5% bulan ke bulan.

Permintaan logistik dalam sektor penggunaan semasa tempoh cuti sekolah musim panas 2024 melonjak, sekali gus mendorong peningkatan pesat perkhidmatan penghantaran ekspres dan kurier dalam bidang e-niaga.

Indeks keseluruhan perkhidmatan penghantaran ekspres dan kurier bagi Ogos mencapai 70.6%, naik 0.2% berbanding Julai. Jumlah surat tempahan yang terkait dengan hasil akuakultur, buah-buahan, sayur-sayuran, produk untuk rekreaksi luar, sukan serta hiburan meningkat 10% bulan ke bulan.

Dalam sektor produk perindustrian, keperluan logistik bagi pembuatan komponen kenderaan, pembuatan elektronik dan mekanikal serta farmaseutikal meningkat dengan ketara, sehingga mendorong indeks penghantaran penerbangan, industri pergudangan dan penghantaran multimodal masing-masing meningkat 57%, 52% dan 52.5%.

Sementara itu, indeks pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api bagi Ogos masing-masing melantun 0.7% dan 0.8% berbanding Julai.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan