DUNIA > BERITA

Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Bekas Perdana Menteri Hasina

17/10/2024 07:00 PM

NEW DELHI, 17 Okt (Bernama) -- Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan yang didakwa dilakukan semasa pemberontakan yang dipimpin pelajar baru-baru ini.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Golam Mortuza Majumdar, mengeluarkan perintah itu atas permintaan pihak pendakwaraya.

"Tribunal mengeluarkan perintah, meminta agar Hasina ditangkap dan kemudiannya dibawa ke mahkamah sebelum 18 Nov," kata ketua pendakwaraya Mohammad Tajul Islam, yang dipetik agensi berita Bangladesh, Bangladesh Sangbad Sangstha.

Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas berminggu-minggu protes terhadap pemerintahannya.

Bangladesh mendakwa beberapa tokoh utama, termasuk bekas menteri dalam pentadbiran Hasina atas tuduhan seperti pembunuhan, pelanggaran hak asasi manusia dan rasuah.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan