DUNIA > BERITA

Harris Cipta Rekod, Kutip US$1 Bln Dalam 3 Bulan Kempen Pilihan Raya – Laporan

21/10/2024 09:22 PM

MOSCOW, 21 Okt (Bernama-Sputnik) -- Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon presiden Demokrat, Kamala Harris berjaya mengumpul US$1 bilion pada suku ketiga tahun ini dalam kempen pilihan rayanya, mencipta rekod kutipan terbesar bagi suku tahunan, lapor Sputnik yang memetik The New York Times pada Isnin.

Kempen Harris dan jawatankuasa parti sekutunya berjaya mengumpul jumlah itu dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 September, termasuk lebih US$359 juta pada bulan September sahaja, berbanding US$160 juta yang dikumpul oleh bekas Presiden AS dan calon presiden Republikan, Donald Trump, pada bulan yang sama, menurut laporan itu.

Tambahan pula, Harris mengumpul dan membelanjakan lebih banyak dana berbanding Trump sejak beliau memasuki perlumbaan, katanya lagi.

Bagaimanapun, Harris dan Trump bersama jawatankuasa parti mereka masing-masing mengumpul lebih sedikit pada September 2024 berbanding Presiden Joe Biden dan Trump pada September 2020 semasa Pilihan Raya Presiden yang lepas, menurut laporan akhbar harian itu.

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat dijadual berlangsung pada 5 November ini.

-- BERNAMA-SPUTNIK                         


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan