DUNIA > BERITA

Angka Korban Letupan Lori Tangki Minyak Di Nigeria Meningkat Kepada 181

23/10/2024 06:11 PM

ABUJA, 23 Okt (Bernama-Xinhua) -- Angka korban akibat letupan lori tangki minyak di negeri Jigawa, utara Nigeria minggu lalu kini melebihi 181 orang, kata Gabenor negeri itu, Umar Namadi pada Selasa, lapor Xinhua.

Namadi memberitahu pemberita, sekurang-kurangnya 80 orang lagi dimasukkan ke hospital selepas lori tangki minyak hilang kawalan dan terbalik di Majiya, sebuah bandar di kawasan seliaan kerajaan tempatan Taura, pada malam 15 Okt.

Beliau berkata 210 keluarga terjejas akibat letupan itu, dan kebanyakan mangsa merupakan orang yang bergegas ke tempat kejadian untuk mengaut petrol yang tumpah ke dalam parit selepas lori tangki itu terbalik.

Beliau menyatakan kerajaan negeri telah membayar bil perubatan untuk semua mangsa dan sedang berusaha memastikan keluarga yang terjejas "meneruskan kehidupan mereka."

Upacara pengebumian beramai-ramai mangsa diadakan pada 16 Okt di Majiya.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan