DUNIA > BERITA

Pilihan Raya Presiden AS: Biden Mengundi Awal Di Delaware

28/10/2024 05:05 PM

WASHINGTON, 28 Okt (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Rumah Putih.

Presiden yang akan tamat penggal pentadbirannya itu akan mengundi di Wilmington, Delaware.

Pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 5 November itu akan menyaksikan persaingan sengit antara calon Parti Republikan dan bekas Presiden Donald Trump serta calon Parti Demokrat dan Naib Presiden Kamala Harris.

Menurut beberapa tinjauan, Trump dan Harris bersaing rapat sejak beberapa minggu lalu. Tinjauan terakhir CNN yang dikeluarkan minggu lepas menunjukkan kedua-duanya terikat pada 47 peratus.

Kawalan 34 kerusi Senat juga akan ditentukan dalam pilihan raya ini.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan