BEIJING, 29 Okt (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Kemboja Norodom Sihamoni sempena ulang tahun ke-20 pertabalan baginda pada Selasa.
Xi berkata sejak menaiki takhta, Raja Sihamoni banyak menyumbang kepada Kemboja dari segi memelihara keamanan dan kestabilan, memacu pembangunan dan pemulihan, serta menggalakkan hubungan dengan luar negara, di samping beriltizam mengekalkan persahabatan tradisional dengan China.
Xi menyatakan bahawa komuniti berkongsi nasib China-Kemboja telah memasuki fasa baharu yang berkualiti tinggi, bertaraf tinggi dan berstandard tinggi. Selain itu, rangka kerjasama 'intan enam sisi' terus diperkukuh dan pembinaan 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras' juga menunjukkan kemajuan signifikan.
Beliau menyifatkan Tahun Pertukaran Sosiobudaya China-Kemboja yang berlangsung dengan pengisian siri aktiviti menarik sebagai membawa banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Xi mengulangi pendirian yang mementingkan pembangunan hubungan antara kedua-dua negara, dan menghargai persahabatan tradisional dengan keluarga diraja Kemboja.
Beliau turut menzahirkan kesediaan untuk berusaha bersama Raja Sihamoni untuk mempertingkatkan bimbingan strategik hubungan dua hala bagi menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja ke arah hasil yang lebih banyak dan memberangsangkan.
--BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial