BEIJING, 3 Jan (Bernama-CMG) -- Trafik penumpang udara antarabangsa yang keluar masuk melalui Beijing merekodkan 18.27 juta sepanjang 2024, menurut statistik terkini jabatan imigresen Beijing baru-baru ini.
Sehingga 31 Disember lalu, seramai 920,000 pengembara asing memasuki China melalui pintu masuk Beijing dengan menikmati dasar pengecualian visa, manakala 64,000 pengembara asing yang layak diberikan permit masuk sementara selama 144 jam dan 240 jam. Kedua-dua angka tersebut masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 4.9 kali ganda dan 2.2 kali ganda berbanding 2023.
Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing mempunyai 41 laluan antarabangsa dan serantau, meliputi 24 negara dan wilayah di Eropah dan Asia.
Bagi musim sejuk dan musim bunga ini, lapangan terbang Daxing akan menambah penerbangan ke Sydney, Melbourne, Vientiane, Casablanca dan bandar-bandar lain, dan pada masa sama membuka laluan ke Afrika dan Amerika Utara, bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada para penumpang.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial