DUNIA > BERITA

Lebih 115,000 Rakyat Syria Kembali Ke Tanah Air Sejak Kejatuhan Rejim Assad - PBB

03/01/2025 02:24 PM

ISTANBUL, 3 Jan (Bernama-AA) -- Lebih 115,000 rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis.

Agensi Anadolu memaklumkan mereka telah kembali dari negara-negara termasuk Turkiye, Jordan, dan Lubnan sejak 8 Dis, kata UNHCR dalam satu kenyataan.

Maklumat ini diperoleh daripada kenyataan awam oleh negara tuan rumah, interaksi dengan perkhidmatan imigresen di dalam Syria dan pemantauan sempadan yang dijalankan oleh agensi dan rakan kongsinya.

Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun melarikan diri ke Rusia selepas digulingkan oleh kumpulan anti-rejim yang merampas ibu negara Damsyik pada 8 Dis, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.

Perubahan ini berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham merampas bandar-bandar utama dalam serangan yang berlangsung kurang dari dua minggu.

-- BERNAMA-AA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan