DUNIA > BERITA

"China Travel With Chinese Films" Di ITB Berlin, Pemangkin Pelancongan Inbound

06/03/2025 03:35 PM

BERLIN, 6 Mac (Bernama-CMG) -- Aktiviti "China Travel With Chinese Films" anjuran bersama Pentadbiran Perfileman Negara dan Kumpulan Media China (CMG) ditampilkan dalam Pavilion China semasa berlangsungnya Pameran Pelancongan Antarabangsa Berlin (ITB) 2025 selama tiga hari yang membuka tirai di sini pada Selasa.

Aktiviti yang menarik ini menumpukan kepada jerayawara yang bermodelkan "filem + pelancongan" di sebalik penayangan sejumlah filem popular semasa perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025, dengan tujuannya memperkenalkan pakej pelancongan yang berlatarbelakangkan filem China serta sumber persiaran berkaitan kebudayaan dan cerita filem di peringkat global.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Jerman (DRV), Norbert Fiebig telah memuji model "filem + pelancongan" yang disfatkannya inovatif itu, dan berpendapat bahawa daya tarikan China di pelbagai aspek boleh dipaparkan melalui cara visual perfileman. Si penonton bukan sahaja dapat menikmati pemandangan semula jadi yang indah, tetapi juga merasakan warisan budaya yang bersejarah dan beraneka ragam di China, yang dipercayai boleh menjadikannya tertarik untuk memulakan pengembaraan terbabit.

Pengarah acara majalah "National Geographic Traveler", William Allen pula berkata, China memiliki adat resam yang unik dan pelbagai serta sejarah yang menjangkau lima ribu tahun. Selepas menonton filem China, pelancong antarabangsa yang berpotensi pasti mendapat rangsangan dan menunjukkan minat yang semakin besar untuk melancong ke negara itu.

Menurut Zhou Zhanfeng, Pengarah Pasaran Eropah Bahagian Pelancongan Inbound di bawah China Tourism Group, pihaknya telah merancangkan sejumlah pakej pelancongan berdasarkan adegan yang muncul dalam filem popular baru-baru ini. Sementara itu, 52 pusat perkhidmatan visa kendalian syarikat itu di luar negara juga merancang akan menayangkan sejumlah filem tempatan untuk memberi pendedahan kepada pelancong asing yang berpotensi tentang kebudayaan tradisional, dan memangkin perkembangan pasaran pelancongan inbound.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan