DUNIA > BERITA

Kementerian Luar Muktamadkan Usaha Bantu Rakyat Malaysia Keluar Dari Tehran Pada Jumaat

20/06/2025 05:01 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar kini dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat, kementerian itu memaklumkan bahawa individu yang telah bersetuju untuk menyertai proses evakuasi dijangka berlepas dari Tehran hari ini.

Kementerian itu juga sedang bekerjasama rapat dengan Perwakilan Malaysia yang terlibat bagi memastikan perjalanan pulang rakyat Malaysia dan keluarga mereka ke tanah air dilaksanakan dengan segera, lancar dan selamat.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan memindahkan rakyatnya dari Iran pada Jumaat berikutan peningkatan risiko keselamatan susulan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan