BEIJING, 26 Jun (Bernama-CMG) -- Sidang tahunan Majlis Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) diadakan di Beijing dan disertai lebih 3,500 peserta dari lebih 100 negara dan wilayah di dunia.
Mereka menyifatkan prasarana yang saling berhubung sebagai amat penting untuk pembangunan ekonomi pelbagai negara, sementara menganggap pengalaman China dalam bidang itu sebagai amat diperlukan.
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) AIIB Andrew Cross berkata pasaran modal China kekal menjadi peneraju dalam sektor kewangan hijau.
"Jika dilihat dari segi prinsip hijau, sistem penarafan hijau dan usaha yang dibuat oleh jabatan kawal selia, anda akan mendapati ciri-ciri hijau dalam pasaran modal China," kata Cross.
Mengenai pasaran modal, dana yang pelbagai dan mencukupi disifatkan sebagai tonggak penting bagi menyokong pembinaan prasarana rentas sempadan.
Para peserta berpendapat bahawa pembangunan pesat China dalam bidang bon hijau, kredit hijau dan perniagaan karbon telah menyumbang secara signifikan kepada dunia dalam menghadapi perubahan iklim dan mewujudkan sasaran peneutralan karbon.
Selain itu, mereka juga berpendapat pembangunan mampan China dalam industri tenaga boleh baharu seperti tenaga suria, angin dan hidro turut menjadi rujukan penting dalam merancang dan melaksanakan projek prasarana mampan di peringkat global.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial