GENEVA, 1 Ogos (Bernama-CMG) -- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji menghadiri Persidangan Speaker Parlimen Dunia (WCSP) Keenam yang diadakan di sini dari 29 hingga 31 Julai.
Zhao, ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Mengekalkan Multilateralisme, Membina Kampung Halaman Indah" pada persidangan itu, berkata bahawa umat manusia kini sedang berdepan cabaran serius dalam aspek keamanan dan pembangunan.
“Badan legislatif berkewajipan memainkan peranan positif dalam mendorong pembentukan model baharu hubungan antarabangsa.
“Sehubungan itu, kita perlu berusaha memelihara keamanan dan ketenteraman dunia, menggalakkan pembangunan serta kemakmuran global, mempertahankan mekanisme perdagangan multilateral berasaskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), di samping mempromosikan pertukaran dan saling belajar antara tamadun serta menjunjung tinggi prinsip kesaksamaan dan keadilan antarabangsa,” kata Zhao.
Beliau menekankan bahawa NPC bersedia mempergiat interaksi dan kerjasama dengan persekutuan parlimen serta badan legislatif dari pelbagai negara, bersama-sama melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global ke arah pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial