Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 2 Ogos (Bernama) -- Sebuah gunung berapi meletus di timur Indonesia pada awal pagi Sabtu, menyebabkan penangguhan dan pembatalan 24 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
Menurut BNPB, walaupun diletakkan pada tahap amaran tertinggi (Tahap 4), letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores tidak mencetuskan sebarang pemindahan atau menyebabkan kecederaan.
“Letusan itu direkodkan pada 1.05 pagi waktu tempatan, dengan awan abu mencapai ketinggian 18,000 meter dari atas puncak,” kata Jurucakap BNPB Abdul Muhari.
Beliau dalam kenyataan itu menyifatkan kepulan abu itu berwarna kelabu hingga hitam dengan intensiti tinggi, bergerak ke arah barat daya, barat dan barat laut.
Alat seismik merekodkan gegaran kuat 47.3 milimeter semasa letusan yang berlangsung selama kira-kira 14 minit, tambah Abdul Muhari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial