DUNIA > BERITA

Liga Arab Adakan Sesi Luar Biasa Bincang Jenayah Israel Di Gaza

10/08/2025 06:35 PM

KAHERAH, 10 Ogos (Bernama-SPA) -- Majlis Liga Arab akan mengadakan sesi luar biasa pada Ahad di peringkat wakil tetap, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Sesi yang dipengerusikan Jordan itu akan membincangkan cara menangani jenayah pendudukan Israel di Semenanjung Gaza dan mengkaji mekanisme di peringkat Arab dan antarabangsa untuk menangani jenayah berkenaan, menghalang ia daripada berterusan serta mendakwa pelakunya di hadapan mekanisme keadilan antarabangsa.

Wakil Tetap Palestin ke Liga Arab Muhannad Al-Aklouk dalam satu kenyataan berkata Majlis Liga Arab akan bersidang atas permintaan Palestin dan dengan sokongan negara anggota, susulan keputusan Israel untuk menduduki semula dan mengambil alih sepenuhnya Semenanjung Gaza, yang akan mengakibatkan pemindahan paksa rakyat Palestin di dalam dan di luar Semenanjung Gaza.

Beliau menambah majlis itu akan membincangkan cara menghentikan malapetaka kemanusiaan yang meragut nyawa rakyat Palestin di Gaza.

-- BERNAMA-SPA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan