NEW YORK, 15 Ogos (Bernama-CMG) -- Acara pertukaran budaya bertajuk "Echoes of Peace" anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berlangsung di Ibu Pejabat PBB di sini pada malam Rabu.
Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong dalam ucapan tahniahnya menegaskan bahawa dunia perlu menimba pengajaran daripada sejarah silam dan mempunyai persepsi yang betul tentang sejarah Perang Dunia Kedua.
Beliau menekankan kepentingan mempertahankan keamanan dan menyelesaikan perselisihan dalam bidang keselamatan melalui kerjasama.
Selain itu, beliau menggesa semua pihak memperkukuh solidariti, berganding bahu menghadapi cabaran global, menegakkan kewibawaan PBB serta mengamalkan multilateralisme.
Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan melalui pautan video berkata pihaknya membawa sejumlah karya filem terbitan China termasuk "Flying Tigers: Shadows Over China" dan "The Sinking of the Lisbon Maru".
Beliau berharap karya-karya itu dapat membantu orang ramai lebih menghargai nilai keamanan serta memikul tanggungjawab bersama untuk mengekalkannya.
Sepanjang acara itu, CMG turut memanfaatkan teknologi unjuran laser definisi tinggi untuk mempersembahkan imej bertema “memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia” dengan bangunan Ibu Pejabat PBB dijadikan sebagai layar utama.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial