MOSCOW, 20 Ogos (Bernama-CMG) -- Acara pertukaran sosiobudaya "Echoes of Peace" anjuran bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan Kedutaan Besar China ke Rusia berlangsung di sini pada Isnin.
Dalam ucapan tahniah menerusi pautan video, Presiden CMG Shen Haixiong berkata, pada lapan dekad lalu rakyat China yang diterajui Parti Komunis pernah terkorban dalam perjuangan dan peperangan menentang pencerobohan Jepun.
"Kami berganding bahu dengan kuasa bersekutu yang melambangkan keadilan di peringkat global untuk menumbangkan pemerintahan fasis.
"Skuad juruterbang dari bekas Kesatuan Soviet pernah menghulur bantuan dan berjuang di udara China, doktor Bethune dari Kanada dan doktor Dwarkanath Kotnis dari India pernah berada di China untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada rakyat jelata, John H. D. Rabe dari Jerman dan Bernhard Arp Sindberg dari Denmark pernah menyediakan perlindungan kepada pelarian China dalam pembunuhan besar-besaran oleh tentera Jepun di Nanjing.
"Kisah-kisah yang mengharukan dan figura-figura yang mulia ini terpahat di lubuk hati rakyat China.
"Sehubungan itu, CMG bersedia memperkasa kerjasama dengan rakan antarabangsa, membentuk platform media bagi liputan akhbar, pertukaran maklumat dan berkongsi sumber, serta meningkatkan solidariti ketika menghadapi cabaran dan mengejar pembangunan," kata Shen.
Sementara itu, Naib Presiden Pertama Suruhanjaya Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Persekutuan Rusia Andrey Ivanovich Denisov berkata, rakyat Rusia tidak pernah melupakan sumbangan rakyat China dalam Perang Anti-Fasis Dunia di Asia Timur, dan jasa pasukan pejuang dari negaranya termasuk pakar ketenteraan dan juruterbang yang pernah terkorban bersama dengan rakan seperjuangan China.
Dokumentari arahan bersama CGTN dengan Syarikat Televisyen dan Radio Kebangsaan Rusia bertajuk "Kemenangan Signifikan - Perang China Menentang Pencerobohan Jepun dalam Lensa Jurugambar Kesatuan Soviet" turut dilancarkan dalam acara itu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial