DUNIA > BERITA

UAE, Malaysia Perkukuh Kerjasama Banteras Rasuah

26/01/2026 03:17 PM

ABU DHABI, 26 Jan (Bernama-WAM) -- Pihak Berkuasa Akauntabiliti Emiriah Arab Bersatu (UAEAA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

MoU itu bertujuan meningkatkan kerjasama dalam usaha membanteras rasuah, mempromosikan ketelusan dan integriti, serta memajukan usaha bersama untuk memerangi rasuah.

Perjanjian itu juga bertujuan memperkukuh kerjasama, menggalakkan pertukaran kepakaran dan menyokong rangka kerja tadbir urus baik selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dalam pencegahan rasuah.

Langkah berkenaan menekankan komitmen kedua-dua pihak berkuasa dalam memajukan kerjasama antarabangsa berkaitan akauntabiliti, ketelusan dan usaha pencegahan rasuah di kedua-dua negara.

Perjanjian itu ditandatangani di ibu pejabat UAEAA di Abu Dhabi semasa lawatan rasmi Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang disambut oleh Pengerusi UAEAA Humaid Obaid Abu Shibs.

-- BERNAMA-WAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan