DUNIA > BERITA

China, Vietnam Sedia Tingkatkan Kerjasama, Dorong Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik

16/03/2026 01:17 PM

HANOI, 16 Mac (Bernama-CMG) -- China bersedia meningkatkan kerjasama pragmatik dan koordinasi pelbagai hala dengan Vietnam bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik.

Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Le Hoai Trung di sini, pada Ahad.

Wang berkata China dan Vietnam merupakan entiti ekonomi baru muncul yang penting, manakala pembangunan kedua-dua negara itu akan menyediakan pengalaman berharga kepada negara membangun lain.

Menurut beliau, China bersedia bersama-sama Vietnam untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memperkukuh kerjasama pragmatik, mempergiat pertukaran kebudayaan, selain menangani isu maritim dengan baik.

Dalam pertemuan itu, Le Hoai Trung berkata Vietnam bersedia memperkukuh kerjasama pragmatik dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan hijau dan kesalinghubungan. Beliau turut menekankan kepentingan menjaga keamanan dan kestabilan di laut serta mempromosikan pembinaan komuniti berkongsi nasib Vietnam-China.

Beliau turut menegaskan bahawa Vietnam dengan teguh mengamalkan dasar satu negara China, selain menzahirkan sokongan negara itu terhadap pendirian Beijing dalam isu Xinjiang dan Xizang.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan