DUNIA > BERITA

Iran Dakwa Sebahagian Besar Keupayaan Peluru Berpandunya ‘Belum Digunakan’ Dalam Perang Dengan AS

25/04/2026 03:04 PM

HAMILTON, 25 April (Bernama-Anadolu) -- Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Iran berkata sebahagian besar keupayaan peluru berpandu Iran “belum digunakan” dalam perang dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Tasnim News pada Sabtu.

Jeneral Reza Talaei-Nik berkata “sebahagian besar keupayaan peluru berpandu” Iran masih belum digunakan, menurut laporan agensi berita separa rasmi itu.

“Pasukan kami mengekalkan penguasaan udara sepenuhnya ke atas wilayah yang diduduki entiti Zionis (Israel), dan sebahagian daripada keupayaan peluru berpandu kami digunakan sepanjang perang selama 40 hari itu,” kata beliau sambil mendakwa tentera Iran mengekalkan kelebihan sepanjang konflik itu.

Mengenai konfrontasi di laut, beliau mendakwa kapal perang musuh beberapa kali berundur ratusan kilometer dari Laut Oman sebagai tindak balas terhadap tindakan tegas pasukan Iran.

Perkapalan melalui Selat Hormuz terjejas teruk sejak AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran bermula 28 Feb, sekali gus mempengaruhi pasaran tenaga global dan menimbulkan kebimbangan terhadap krisis ekonomi yang berpanjangan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan