DUNIA > BERITA

Trump Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G7 Di Perancis

20/05/2026 03:58 PM

WASHINGTON, 20 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat Perancis pada Jun untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin Kumpulan Tujuh (G7), lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan pada Selasa.

Sidang kemuncak tahun ini akan berlangsung di Evian-les-Bains di tenggara Perancis dari 15-17 Jun.

G7 menghimpunkan antara tujuh ekonomi paling maju di dunia iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan AS serta Kesatuan Eropah turut menjadi anggota.

Ia berperanan sebagai platform utama untuk para anggota membincangkan dan menyelaraskan maklum balas terhadap cabaran ekonomi, kewangan dan geopolitik global utama.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan