WASHINGTON, 10 Jun (Bernama-Anadolu) -- Pasukan bola sepak kebangsaan Turkiye meneruskan persiapan bagi Piala Dunia FIFA 2026 menerusi sesi latihan pada Selasa di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS).
Anadolu Ajansi (AA) melaporkan bahawa tidak seperti sesi latihan pembukaan pada Isnin, latihan pada Selasa diadakan tanpa kehadiran penyokong.
Ratusan penyokong Turkiye hadir pada Isnin bagi menyaksikan sesi latihan terbuka kepada umum di Arizona Athletic Grounds di Mesa, Arizona, sambil memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan yang sedang membuat persiapan akhir menjelang kejohanan itu.
Skuad Turkiye menjadikan Mesa sebagai kem pangkalan Piala Dunia mereka, sekali gus menjadi satu-satunya pasukan dalam Kumpulan D yang memilih Arizona sebagai ibu pejabat kejohanan.
Turkiye akan memulakan saingan Kumpulan D menentang Australia pada 13 Jun di Stadium BC Place di Vancouver, Kanada, pada pukul 9 malam waktu tempatan (0400 GMT, 14 Jun).
Pasukan dikenali sebagai Crescent-Stars itu juga dijadual menentang Paraguay pada 19 Jun sebelum berdepan negara tuan rumah bersama, AS, pada 25 Jun.
Dianjur bersama oleh AS, Mexico dan Kanada, Piala Dunia FIFA 2026 bermula pada 11 Jun dan menampilkan 48 negara yang akan bersaing hingga 19 Julai.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial