DUNIA > BERITA

Perancis, Itali Rancang Tubuh Gabungan Pasca-UNIFIL Untuk Lubnan

26/06/2026 06:06 PM

PARIS, 26 Jun (Bernama-Xinhua) -- Perancis dan Itali bersetuju untuk menubuhkan gabungan multinasional bagi menyokong Lubnan selepas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menamatkan misinya pada Disember, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Khamis, lapor Xinhua.

Macron membuat kenyataan itu pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni yang dalam lawatan di bandar Antibes di selatan Perancis.

"Kami mahu melancarkan gabungan untuk pengaturan pasca-UNIFIL, pastinya dengan penyelarasan dengan Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk mengukuhkan kedaulatan Lubnan dan angkatan tenteranya," kata Macron.

Beliau menambah inisiatif itu bertujuan membantu menghalang wilayah Lubnan daripada menjadi sumber ketegangan serantau dan peningkatan konflik yang lebih teruk.

Meloni mengulangi kenyataan Macron, berkata adalah penting untuk memastikan kehadiran antarabangsa di Lubnan bagi mengelakkan lompang keselamatan yang "sangat berbahaya".

Selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan 2790, UNIFIL akan menghentikan operasinya pada 31 Dis, dan, bermula pada tarikh ini, menyelesaikan penarikan diri dan pengunduran kakitangannya dari Lubnan dalam masa setahun.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan