EKONOMI > BERITA

GENTING MALAYSIA NAFI BABIT BINCANG MENGENAI KASINO DI FOREST CITY

27/04/2024 06:25 PM

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Dalam kenyataan hari ini, ia berkata syarikat itu mahu pun Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya Tan Sri Lim Kok Thay tidak terlibat dalam perbincangan atau mesyuarat berkaitan pembukaan kasino itu.

“Tuduhan itu tidak benar,” katanya.

Kenyataan itu sebagai menjawab laporan media yang turut mengandungi dakwaan bahawa syarikat berkenaan serta Lim telah menyertai perbincangan berkaitan.

Sehubungan itu, Genting Malaysia menggesa semua pihak agar menghentikan penyiaran atau penerbitan serta penyebaran maklumat salah, menarik balik dakwaan tidak benar dan memberi penjelasan sewajarnya kepada orang ramai bagi mengelak kekeliruan selanjutnya.

Syarikat itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut yang dianggap wajar untuk melindungi kepentingan dan pihak berkepentingannya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan